al-humaidi
Tuesday, August 18, 2020
KERTAS KERJA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB UPSR PECUTAN AKHIR 2020
1.0 TAJUK PROGRAM
KERTAS
KERJA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB UPSR PECUTAN AKHIR 2020
2.0 PENDAHULUAN
Bengkel Teknik Menjawab UPSR Pecutan
Akhir ini adalah merupakan satu program usahasama yang dirancang oleh Ahli
jawatankuasa Kecemerlangan UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Rendah Islam II bagi murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki
peperiksaan UPSR pada tahun 2020. Justeru itu, satu pendekatan khusus yang
lebih sistematik dan terancang perlu segera diambil pada peringkat ini bagi
membantu murid meningkatkan lagi potensi mereka melalui latuh tubi dan teknik
menjawab yang lebih berkesan. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada murid
meningkatkan lagi potensi, keazaman diri, kesungguhan dan seterusnya membantu murid mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2020 ini
3.0
MATLAMAT
3.1 Meningkatkan tahap kefahaman
murid tentang teknik menjawab yang
berkesan dan efektif.
3.2 Setiap pelajar didedahkan
dengan kemahiran menjawab dengan cara yang betul dan efektif.
3.3 Meningkatkan cara pengurusan
sebagai calon UPSR 2020.
4.0 OBJEKTIF
4.2
Membantu murid meningkatkan kemahiran belajar dan kefahaman mereka melalui
latih tubi dan latihan dengan kaedah teknik belajar secara berkumpulan.
4.3
Meningkatkan potensi dan nilai kendiri yang positif di kalangan pelajar.
4.4
Membina keyakinan pelajar bahawa mereka berpotensi untuk berjaya dalam
pelajaran serta menjadi individu, pelajar yang cemerlang.
4.5
Memberi motivasi dan semangat kepada calon-calon UPSR untuk terus meningkatkan
usaha bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran serta menjadi pelajar yang
cemerlang pada masa hadapan.
5.0 KUMPULAN SASARAN
5.1 Semua murid Tahun 6 Sekolah Rendah Islam II
( Lihat lampiran senarai
nama)
6.0 TARIKH DAN MASA DICADANGKAN
6.1 Tarikh : 26 Ogos 2020
6.2 Hari : Rabu
6.3 Masa : 8.00 pagi
-6.00 ptg
6.4 Tempat : Terinai Lake
View Resort, Perlis
7.0 TENTATIF PROGRAM
( Sila Lihat lampiran A)
8.0 AHLI JAWATANKUASA
(Sila Lihat Lampiran B)
9.0 ANGGARAN KOS PROGRAM
BIL |
PERKARA |
KUANTITI |
JUMLAH (RM) |
1 |
Sarapan
pagi (murid + guru) |
35
x RM 1.80 |
RM 63.00 |
2. |
Makan
dan minum pagi( murid + guru) |
35
x RM 4.00 |
RM 140.00 |
3. |
Makan
tengahari (murid + guru) |
35
x RM 6.00 |
RM 210.00 |
4. |
Minum
petang (murid + guru) |
35
x RM 4.00 |
RM 140.00 |
5. |
Sewa
dewan/PA sistem |
2 x RM 100.00 |
RM 200.00 |
6. |
Hadiah
kumpulan bertuah |
4 x RM
20.00 |
RM 80.00 |
7. |
Hadiah
individu terbaik kumpulan |
5 x RM 10.00 |
RM
50.00 |
8. |
Photostat/kertas
A4/marker pen |
RM
200.00 |
RM 200.00
|
9. |
Banner |
RM
80.00 |
RM 80.00 |
10. |
Lain-lain |
RM
100.00 |
RM 100.00 |
JUMLAH |
RM 1263.00 |
10.0 SUMBER
KEWANGAN
10.1 Kutipan
Yuran Pelajar RM
300.00
10.2 Dana
PIBG RM 300.00
10.3 Wang
Pengajian RM 663.00
JUMLAH RM 1263.00
( Ringgit
Malaysia : Satu Ribu Dua Ratus Enam Puluh Tiga Sahaja)
11.0 PENUTUP
Pihak kami amat mengharapkan semoga
program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang
digariskan dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek
terutama akademik, akhlak dan sahsiah. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan
yang diberikan mendapat keberkatan Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan
pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dirancang berjalan dengan
lancar beserta hidayah dan Rahmat Allah SWT.
Disediakan oleh; Disemak
oleh;
……………………………………
…………………………………..
(ANIZIANA BINTI ABD RANI) (RUSMAWATI BINTI ENCHE RUSS)
Guru Bimbingan dan
Kaunseling, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Rendah Islam
II, Sekolah
Rendah Islam II
02100 Padang Besar(U)
Perlis. 02100
Padang Besar(U) Perlis.
Disahkan
oleh,
……………………………………………………….
(MUHAMMAD
ZAIM BIN ZANOL)
Guru Besar
Sekolah Rendah Islam II
02100 Padang Besar (U),Perlis.
LAMPIRAN A
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB UPSR
PECUTAN AKHIR 2020
TENTATIF PROGRAM (26 OGOS
2020) 7.30 - 8.00 pagi : Pendaftaran
Murid / sarapan pagi
8.00 - 10.00 pagi : Slot
1 :BahasaMelayu (kump A) Matematik (kump B) Oleh : Guru Mata Pelajaran
10.00 - 10.30 pagi : Rehat dan Kudapan
10.30 - 12.30 tgh : Slot
2: Matematik (kump A) Bahasa Melayu (B) Oleh: Guru Mata Pelajaran
12.30 - 2.00 ptg : Rehat, Makan Tengah Hari dan Solat
Zohor
2.00 - 3.30 ptg : Slot 3: Bahasa Inggeris (kump B) Sains ( kump A) Oleh : Guru Mata
Pelajaran
3.30 - 4.00 ptg : Minum
Petang
4.00 - 5.30 ptg :
Slot 4: Bahasa Inggeris (kump A) Sains (kump B) Oleh : Guru Mata
Pelajaran
5.30 - 6.00 ptg : Majlis Penutup dan Penyampaian
Hadiah
6.00 ptg : Bersurai
|
Video menarik yang diberi secara percuma untuk anda olah.
Pendakian Bukit Tok Don
Lokasi perjalanan : Masuk highway Pauh Changlun - belok masuk ke MRSM Pauh (marking tangki air putih bulat besar)- Parking tepi jalan- Berjalan merentas kawasan lapang(timur)- Jumpa sawit- Jumpa parit -Jalan ikut parit- timur- Menyusup pagar..Maka bermula perjalanan.
Kebanyakan jalan melalui tanaman getah dan anak getah. Pemandangan sangat indah bila berada diatas puncak.
Anak lelaki aku 12 tahun pun berjaya mendaki, tapi bagi pendaki yang pertama kali mendaki dinasihatkan naik dan turun jln yang sama kerana dah ada kumpulan yang sesat ketika turun bersama aku. Ini berlaku kerana naik dari sebelah barat turun ke sebelah timur.