Wednesday, May 5, 2010

Doa-doa majlis rasmi sekolah

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

يا الله يا رحمن يا رحيم

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nia`mat yang melimpah ruah kepada kami .

يا الله يا عليم

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

يا ذا الجلال والاكرام

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Engkau kurniakan.

يا الله يا رحمن يا رحيم

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan dari guru-guru yang kami kasihi.

Kami memohon dengan kudrat dan IradatMu, berikanlah kami kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan bagi mencari dan menimba ilmu pengetahuan serta permudahkanlah kami
untuk beramal dengan penuh keikhlasan

يا ذا الجلال والاكرام

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami dan pemimpin-pemimpin kami terus berkhidmat dengan istiqamah untuk menabur bakti membangunkan umat , masyarakat, bangsa dan agama.

Ya Allah ya Tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah
keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA
MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

اللهم انت العزيز الجليل

Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

اللهم يارافع الدرجات وياقاضي الحاجات

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan kehendakMu jua.

Justeru itu, kami memohon kepadaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah Engkau biarkan kami terlupa. Lapangkanlah dada kami dan janganlah Engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami
dan janganlah Engkau persulitkan.

يا الله يا رحمن يا رحيم

Hanya padaMu kami memohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan ketaatan kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa
kepada bangsa dan negara.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA
MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (2)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

يا الله يا رحمن يا رحيم

Terangilah hati kami dengan cahaya pertunjukMu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan cahaya
Matahari selama-lamanya

يا الله يا حكيم يا حليم

Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami ketika kami memerlukannya dan janganlah Engkau biarkan kami melupainya.

يا الله يا غفار

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberianMu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.

يا الله يا رحمن يا رحيم

Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan. Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami semoga Engkau kabulkan permohonan kami Engkau mengetahui dosa yang ada
dalam diri kami,justeru itu kami mohon
keampunanMu Ya Ghaffar,

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْن

DOA SEMPENA MESYUARAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ, وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

اللهم انت العزيز الجليل
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

اللهم يا حكيم ياعظيم
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan
berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru itu berkatilah pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

اللهم يا عليم ياخبير
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal,
zuriat dan generasi yang beriman serta segala
kebaikan di dunia dan di akhirat.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ َالصَّلاَة
ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِه ِوَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ
فِيْ قـُلُوْبِنَاغِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

يا الله ياكريم
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranaMu Ya Allah.
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaanMu dalam seluruh hidup kami. Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan
anak-anak kami .

يا الله يا منزل البركة
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya
di dunia mahupun di akhirat.

يا رحمن يا رحيم يا رب العلمين
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa atau penjaga pelajar di sekolah ini.

يا حي يا قيوم ياذا الجلال والاكرام
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami
dengan kesihatan yang sempurna.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA HARI GURU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam

Kami merafakkan rasa bersyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun Semasa) peringkat Sekolah (Nama Sekolah) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :
(Tema Hari Guru)

يا الله ياعزيز يا ستارفعال لما يريد
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas untuk menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh
aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan
keredhaanMu semata-mata .

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinanMu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri . Kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

يا االله يا مكوراليل والنهار
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatanMu ya Allah kurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami
menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama ,
bangsa dan Negara yang tercinta .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

يا الله يا كريم يا ودود

Kami memanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan turut serta dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah (Nama Sekolah)

يا الله يا فعال لما يريد

Kami memohon kepadaMu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan kasih sayangMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayahMu.Tidak lupa juga kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat , menabur bakti mereka
di sekolah yang bertuah ini .

Disaat ini juga, kami menadah tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai, samada dalam bidang akademik mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah insan, dan seterusnya anugerahkanlah kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang
pada masa-masa akan datang.

يا الله يا غنى يا حميد

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik serta mempunyai peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi dorongan dan galakkan kepada pelajar-pelajar lain, supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA MAJLIS SOLAT HAJAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ
عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ
فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada ketika ini kami berkumpul keranaMu
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup dengan keredhaanMu. Sesungguhnya ketentuan dan takdirMu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga dapat melawan hawa nafsu kami, dan penolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurniaanMu sehingga kami merasai kenikmatan yang Engkau berikan.

يا الله يا كريم يا ودود

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik
mahupun keperibadian.

يا رحمن يا رحيم يا رب العلمين

Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,Semoga Engkau terima keuzuran kami, Engkau mengetahui hajat kami,Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunanMu Ya Ghaffar,

يا الله انت الغنى ونحن الفقراء

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA HARI SUKAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ
عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

يا الله يا رحمن يا رحيم

Kami berhimpun pada pagi ini keranaMu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepadaMu sesuai dengan
firmanMu yang mulia :

قُلْ إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكيِ وَمَحْياَيَ وَمَمَاتيِ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ .

Yang mafhumnya “Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untukMu ya Allah”.

يا الله يا مهيمن يا عزيز يا جبار

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami agar kami dapat menjalankan aktiviti pada hari ini dengan lancar dan sempurna serta terpelihara daripada sebarang kecederaan dan bahaya.

يا الله يا حى يا قيوم

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan yang baik.

يا الله يا فارج الهم ويا كاشف الغم

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya
di dunia dan di akhirat .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA HARI KARNIVAL / KANTIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ
وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ

Ya Allah , Tuhan Penguasa Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Karnival Sekolah (Nama Sekolah) pada hari ini .

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya kami berkumpul pada hari ini keranaMu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaanMu ,kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan dana kewangan sekolah kami .

يا الله يا وهب يا رزاق

Ya Allah Tuhan yang memberikan rezeki kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi berkat hasil dari usaha – usaha kami. Jadikan ia sebagai titik permulaan untuk kami menjadi usahawan yang berjaya
pada masa akan datang.

يا رحمن يا رحيم يا رب العلمين

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera menghindari dari keburukan .

يا حي يا قيوم ياذا الجلال والاكرام

Kami memohon kekuatan dari hadhratMu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .

يا الله ياعزيز يا ستارفعال لمايريد

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA PERKHEMAHAN/AKTIVITI LUARبِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ،َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri perkhemahan pada kali ini .

يا الله يا رؤف يا ودود

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar pendapat di samping menyumbangkan buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan .
Berkatilah usaha ini Ya Allah.

يا رحمن يا رحيم يا رب العالمين

Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami , Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .

يا حي يا قيوم ياذا الجلال والاكرام

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera menghindarkan dari keburukan .

يا الله يا فارج الهم ويا كاشف الغم

Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh ujian yang mendatang daripadaMu Ya Allah . Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati samada dalam bidang akademik mahupun dalam semua bidang .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA MINGGU ORIENTASI PELAJAR BARU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

يا الله يا رؤف الرحيم

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana dengan izinnya kami berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi (Tahun Semasa) pada hari ini .

Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berhimpun demi keranaMu Ya Allah. Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan KeredhaanMu

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang dan terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya
di dunia mahupun di akhirat.

ياالله يا رحمن يا رحيم يا رب العلمين

Mudah-mudahan maklumat yang diberikan diminggu orientasi ini dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah anak didik kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran . Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau jadikan pelajar kami yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami diperolehi dalam peperiksaan yang lalu .

يا منزل البركة وياكاشف الغم

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana telah mengizinkan kami untuk menghadiri dan berada dalam Majlis Penghargaan Pengawas Sesi (Tahun Lalu) dan Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi (Tahun Semasa) pada hari ini.

يا الله يا حفيظ يا شافع

Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran dan tenaga sebagai
sokongan ke arah membantu meningkatkan kelancaran
pengurusan dan disiplin di sekolah ini .

يا الله يا فالق الحب والنوى

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , barisan pengawas kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang , pengawas yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas yang berketrampilan dan berwibawa .

يا عزيز يا لطيف

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS/SEMINAR/BENGKEL

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ

Ya Allah Engkaulah Penguasa langit dan bumi
Ya Allah \kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama ( Nyatakan bilangan hari ) dalam (Nyatakan Nama Kursus) . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri sehingga dapat menyempurnakan
kursus/bengkel ini dengan jayanya .

Ya Allah Bagi-Mu segala puji pujian,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut dan basah ,untuk sentiasa menyebut namaMu ,agar kami terus mengingati dan mensyukuri nikmatMu serta badan yang sihat untuk menunaikan perintahMu.

يا منزل الرحمة ويافاتح البركة

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmatMu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .

يا الله يا قاضى الحاجة

Pada ketika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta menadah tangan penuh dengan pengharapan ,Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosa-dosa kami .Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dengan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif. Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi .Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian .Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .

1 comment: