Monday, April 12, 2010

MINIT MESYUARAT PANITIA PAI SKPBU 2009 KALI PERTAMA

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEK KEB PADANG BESAR UTARA KALI PERTAMA 2009
TARIKH: 26 FEBRUARI 2009
MASA: 1.10 PTG.
TEMPAT ; BILIK MESYUARAT SKPBU
KEHADIRAN: UST. MOHD GHAFRI PUTEH,UST. ZAIM ZANOL,UTZ. NADZIRAH ZAIN,UTZ. IRMA CHE ANI,UTZ. NORIYALI SARJO,UTZ. RAFIZAH ABD RASYIDDAN UTZ. MARINA MORAD
1.UCAPAN ALUAN GURU BESAR
En Anuar selaku guru besar mengucapkan terima kasih kerana AJK yg sudi hadir. Majlis dimulakan dengan bacaan UmmulKitab.

Beliau menceritakan sejarah sekolah SKPBU sepintas lalu dan berharap sekolah menjadi sebagai syurga kpd pelajar, “sekolah ku syurga ku”.
Beliau kesal kerana ada ibubapa yg tidak memperdulikan pelajaran dan akhlak anak. Oleh itu Guru GPI diminta mendidik murid dengan gigih.
Beliau juga member mandat kepada GPI merotan murid yg melakukan kesalahan mengikut peraturan2 yg telah ditetapkan.
2.UCAPAN PENGERUSI PANITIA
Ust. Mohd Ghafri mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar. Beliau memaklumkan bahawa SPIM telah diasingkan dari Moral menjadi SPI sahaja.
Beliau juga menyampaikan pesanan dari JPNPs Guru GPI dan J-QAF yg berjumlah hampir 425 org diperli haruslah mengeluarkan produk pelajar yg berkualiti. Fokus diberikan kepada Qatam Al-quran.
3.PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Ketua Panitia berharap buku rekod P&P dilengkapkan yg mengandungi sekurang2nya :
Objektif/nilai yg dikaitkan dgn Islam Hadhari,/alatan dan refleksi.
GPI diminta menggunakan LCD sekurang2nya 2 kali seminggu dan alatan ICT yg lain.
4.UJIAN PKBS 2009
PKBS akan diadakan pada ketetapan berikut dan GPI diminta bersedia :
Bil Perkara Tarikh
1 PKBS 1(Thn1-6) 10-13 Mac 2009
2 PKBS 2(Thn1-6) 18-22 Mei 2009
3 PKBS 3(Thn 1-5) 18-20 Ogos 2009
4 PKBS 4(Thn1-6) 2-6 November 2009
80 % adalah markah ujian bertulis dan 20% ujian kemahiran
Soalan akan disediakan oleh MGB.
5.HARI PENDIDIKAN ISLAM
Peringkat kawasan akan didakan pada 28 Febuari 2009. Bertempat di SK Lubuk Sireh.
Peringkat negeri diadakan pada 25 April 2009.Tempat……………………………
6. PROGRAM J-QAF 2009
Saranan SPI –Program Qatam berjalan lancar utk 6 bulan pertama.
Sediakan program tasmik bersama jadual dan nama guru yg terlibat dan dimaklumkan kepada ibubapa.
Pemulihan Jawi- diberi tugas kepada guru J-QAF , tumpuan untuk kenal huruf tunggal/sukukata/dan perkataan..
Bahasa Arab- Guna bahasa Arab dalam kelas
Kem Bestari Solat- dimaklumkan bahawa peruntukan untuk program tersebut telah sampai dan Guru J-Qaf dan GPI diminta merancang masa yg sesuai.
7- AKTIVITI PANITIA 2009
Mengikut surat edaran SPI Malaysia ,16 Febrauari hingga 16 Mac 2009 adalah bulan dakwah.Dianjurkan oleh Jakim dan dirasmi pada 19 Februari 2009 oleh Yang DiPertuan Agong Malaysia.
Program akan dipantau oleh BPI (KPM) 20 Februari hingga 31 Mac 2009.
Contoh aktiviti;
Tulis Jawi, Kompang, Kuiz Bahasa Arab,pertandingan azan.
Utz Nazirah meminta agar Projek BIGBOOK dimasukan sebagai Aktiviti Panitia.
Mengadakan ceramah MaulidurRasul,
Program Ihyak Ramadhan dan Sambutan syawal-Majlis Berbuka Puasa dan Ceramah..
8. HAL- HAL LAIN
Guru J-QAF tidak mengajar Pra Sekolah, Pra sekolah hanya untuk GPI, Guru J-QAF tumpu kepada program J-QAF.
Cadangan mengadakan Kem Literasi/ Muqayyam/Kem Bahasa Arab bersama dengan Sk Lubuk Sireh.
Cadangan Guru Besar agar pelajar Tahun 6 lepas UPSR dibuat program persediaan dari segi mental dan akhlak untuk masuk kesekolah menengah.
Kursus ICT untuk GPI dan J-QAF diadakan bagi memantapkan ilmu teknologi maklumat.
Kertas kerja program akan disediakan oleh pengerusi program masing2.
Guru besar meminta agar menghantar pelan strategik kepada S/U kurikulum untuk penyemakan semula sekurang pada Mac 2009.
Utz. Irma meminta supaya bilik wuduk lelaki dan perempuan adikosong dari menyimpan brg2. Guru besar akan maklumkan kepada guru berkenaan.
Utz Irma juga meminta agar bilik J-QAF disediakan LCD dan Skrin bagi memantapkan P&P Pendidikan Islam. Guru besar bersetuju dan meminta surat dikemukan dan beliau akan menandatanganinya.
KBS akan diadakan 4 kali setahun untuk satu kelas.
Utz. Marina meminta agar peruntukan disediakan bg kertas ujian bahasa Arab yg berlangsung setiap bulan sepanjang tahun. Guru besar meminta agar dibuat tuntutan pada akaun PCG. Tuntutan pernah dibuat tetapi tiada respon.
Guru J-QAF juga meminta agar Kelas Tasmik dimasukan dalam jadual induk.
Guru besar mencadangkan bagi menambah kemudahan dan kecerian surau bantuan kewangan boleh dipohon pada Baitulmal.
Mesyuarat ditangguh pada jam 2.30 petang dengan tasbih kifarah dan Surah Al-As
Disediakan oleh
……………………………………..
( MUHAMAD ZAIM BIN ZANOL )
S/U PANITIA PEND. ISLAM 2009

No comments:

Post a Comment