Wednesday, May 11, 2011

Sejarah Ringkas Sek Keb Padang Besar Utara.

Alatan Asas untuk Pandu Arah/Orienteering

Salah satu aktiviti TKRS SKPBU 2011 adalah mempelajari ilmu pandu arah dan orienteering..
Berikut adalah alat-alat yg telah diperkenalkan kepada pelajar..

Markah BSMM unimap

Semua pelajar BSMM dibawah seliaan saya, anda boleh rujuk markah sem 1 da sem 2 anda disini:segala pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Pusat Ko-Kurikulum.

Thursday, February 10, 2011


EKSPEDISI MENAKLUK WANG TEA'O', BANJARAN NAKAWAN
Sebenarnya ini adalah salah satu aktiviti santai meneroka sebuah banjaran berhampiran sempadan thailand. Bermula dikaki bukit berhampiran semua kem rekreasi Wan Som kami memulakan ekspedisi.
Nanti saya sambung cerita bersama selingan imej flora dan fauna yg lebih menarik lg..

emm..lama ya tunggu sy sambung cerita..sibuk sikit..apa pun ini adalah langkah pertama mendaki.

Gua yang perlu kita lintasi dikaki bukit..pendek je..5m lebih kurang..he2

Penat wehh..ni benti check point pertama..

Ini la fauna pertama..mau di ngap kaki tak sempat turun bukit ni..

inilah raflesia perlis..he..org kg ler kata..

dynamo enjin pengepam bijih timah peninggalan sejarah tahun 70an..


Bahagian2 mesin pengepam bijih yg terlerai sepanjang jalan..dia pakai ape yer bawa naik benda berat ni?

Ni banglo nak tido mlm nanti..cantikk

Inilah kolan Tea'O'nye..dipuncak ada kolam..ikan ada..bekas lombong bijih timah..
Sekian ..tamat citenya..

Wednesday, January 26, 2011

Kisah Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W

PERISTIWA KEWAFATAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Assalamualaikum pembuka bicara
Buat guru dan rakan semua
Nabi Muhammad cerita hamba
Wafatnya baginda Rasul tercinta.

Kisah Nabi Muhammad sebelum menjadi Rasul

KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SEBELUM MENJADI RASUL


ASSALAMUALAIKUM

Pengenalan

Nabi Muhammad s.a.w adalah anak kepada Abdullah b. Abdul Mutalib. Ibunya bernama Aminah bt. Wahab dari suku Qurisy yang mulia ketika itu.
Bapa Nabi meninggal dunia ketika baginda berumur enam bulan dalam kandungan ibunya.
Nabi dilahirkan dalam keadaan yatim tanpa harta yang banyak,tanpa da seorang pun yang yang menunjuk ajar tetapi baginda terpelihara dari melakukan perbuatan jahat orang Arab Jahilliyah ketika itu.
Siapa yang menjadi petunjuk? Tentulah Allah swt,Firman Allah ,Surah Adduha ayat 7:


Kisah Nabi Yusuf DiPenjara

KISAH NABI YUSUF DI PENJARA

Yusuf adalah anak kepada Yaakub bin Ishak bin Ibrahim .Nabi Yusuf adalah putera ke tujuh dari dua belas putera-puteri Nabi Yaakub. Ibunya bernama Ruhil binti Laban telah meningal dunia selepas melahirkan Bunyamin, iaitu adik Yusuf. Oleh kerana Nabi Yusuf dan adiknya masih lagi kecil dan memerlukan belaian seorang ibu,maka Nabi Yaakub telah memberi perhatian istimewa kepada mereka. Oleh kerana demikian, adik-beradik yang lain telah berasa cemburu dan iri hati , tambahan pula nabi Yusuf mempunyai rupa paras yang tampan dan bertubuh tegap yang menjadi idaman ramai wanita dan kalangan gadis-gadis remaja.
Pada suatu malam Nabi Yusuf telah bermimpi 11 bintang, matahari dan bulan turun sujud kepadanya. Seperti dalam firman Allah dalam surah Yusuf ayat 4 yang berbunyi :-
Maksudnya : Sesungguhnya saya melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan , semuanya saya lihat bersujud kepadaku.

Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun

KISAH NABI YUNUS DI DALAM PERUT IKAN NUN.

Bismillahhirrahmanirrahim pembuka bicara,
Pohon Rahmat dari yang Esa,
Terima kasih tuan pengacara,
Izinkan hamba mula cerita.

Tuan hakim , hadirin yang ada,
Dengarkanlah cerita hamba,
Kisah Nabi Yunus yang berwibawa,
Ditelan ikan Nun tajuk cerita.

Kisah Nabi Syuaib

KISAH NABI SYU`AIB ALAIHISSALAM

Assalamualikum …

Nabi Syu`aib Alaihissalam di utuskan oleh Allah di sebuah negeri yang bernama Ma`an di dalamnya terdapat sebuah kampung yang bernama Madyan.penduduknya masih musyrik dan mereka menyembah Aikah iaitu tanah yang subur di tengah padang pasir yang ditumbuhi oleh kayu-kayan dan tanam-tanaman.Mereka juga selalu mengurangkan sukatan dan timbangan serta tidak mahu memberi hak manusia dengan sempurna.Demikianlah perilaku seluruh penduduk negeri itu

Kisah Nabi Musa di Istana

KISAH NABI MUSA A.S DI ISTANA.

Nabi Musa adalah putera kepada Umran bin Qahit bin Lawi. Umran adalah dari salasilah Nabi Ibrahim melalui Nabi Yaakub anak Nabi Ishak. Ibunya bernama Yakabad , juga daripada keturunan Nabi Yaakub. Baginda dari keturunan Bani Israil.

Kisah Nabi Musa dgn Qarun

KISAH NABI MUSA A.S. DENGAN QARUN.

Nabi Musa adalah putera kepada Umran bin Qahit bin Lawi. Umran adalah dari salasilah Nabi Ibrahim melalui Nabi Yaakub anak Nabi Ishak. Ibunya bernama Yakabad , juga daripada keturunan Nabi Yaakub. Baginda dari keturunan Bani Israil. Qarun pula adalah seorang pemuda Bani Israil daripada keluarga Nabi Musa yang terdekat. Seperti Firman Allah dalam Surah Al-Qasas ayat 76 :
.....................................................................................................................................
Maksudnya : Sesungguhnya Qarun itu termasuk di dalam kaum Nabi Musa.

Kisah Nabi Idris

KISAH NABI IDRIS ALAIHISSALAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta para hadirin sekalian

Tersebutlah kisah di dalam AL-quran,
Seorang nabi menjadi ikutan,
Darjatnya tinggi penuh kesabaran.
Membawa petunjuk membanteras kekufuran.

Kisah Nabi Daud

KISAH NABI DAUD A.S

PENGENALAN

Daud bin Yisya adalah keturunan yang ketiga belas dari Nabi Ibrahim A.S. beliau juga mempunyai 13 belas adik beradik. Tempat tinggalnya adalah sebuah kota yang bernama Baitulaham. Beliau berbangsa Israel yang ketika itu ditindas oleh bangsa Palestin.Ketua mereka ketika itu adalah Raja Talut.

Kisah ketabahan Nabi Yaakub

KISAH KESABARAN NABI ALLAH AYYUB ALAIHISSALAM

Tersebutlah kisah di dalam Al-quran,
Seorang Nabi menjadi ikutan,
Darjatnya tinggi penuh kesabaran,
Menempuhi dengan pelbagai dugaan.

Kisah Kesabaran Nabi Ayub

KISAH KESABARAN NABI ALLAH AYYUB ALAIHISSALAM

Tersebutlah kisah di dalam Al-quran,
Seorang Nabi menjadi ikutan,
Darjatnya tinggi penuh kesabaran,
Menempuhi dengan pelbagai dugaan.

Kisah kemungkaran Umat Nabi Isa

TAJUK : KISAH KEMUNGKARAN NABI NUH.

Nabi Nuh adalah Nabi keempat sesudah Adam,Syith dan Idris dan dari keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya bernama Lamik bin Metusyalih bin Idris. Baginda diutuskan oleh Allah sebagai Rasul untuk menyampaikan ajarannya kepada penduduk Armenia.Ketika itu kaumnya sudah jauh terpesong dari cahaya keimanan.
Firman Allah dalam surah Hud ayat 25 :

................................................................................................................................
Maksudnya : “ Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya seraya berkata “sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu."

Kisah kemungkaran umat Nabi Nuh

TAJUK : KISAH KEMUNGKARAN NABI NUH.

Nabi Nuh adalah Nabi keempat sesudah Adam,Syith dan Idris dan dari keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya bernama Lamik bin Metusyalih bin Idris. Baginda diutuskan oleh Allah sebagai Rasul untuk menyampaikan ajarannya kepada penduduk Armenia.Ketika itu kaumnya sudah jauh terpesong dari cahaya keimanan.
Firman Allah dalam surah Hud ayat 25 :


Maksudnya : “ Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya seraya berkata “sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu."

Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya,
950 tahun jangka masanya,
Ajaran Tauhid dibawa dipersia,
Hanya sedikit yang jadi pengikutnya.

Nabi Nuh terasa sedih dan hibanya,
Anak dan isteri tolak dakwahnya,
Puas dipujuk dan dirayunya,
Hanya cemuhan yang diterima.

Sepanjang menyampaikan dakwah itu, Nabi Nuh sering diejek, dihina sepanjang masa oleh orang –orang Kafir itu. Namun baginda tetap bersabar dan meneruskan juga usahanya itu.
Pengajarannya setiap perkara yang dilakukan dalam kehidupan ini hanyalah kesabaran dan ketekunan yang penting bagi menjadi amalan kita seharian.

Berlakulah perdebatan antara Nabi Nuh dan kaumnya. Mereka mencabar Nabi Nuh agar menyegerakan azab Allah ke atas mereka sebagaimana yang sering disebut-sebut oleh Nabi Nuh.
Berkata mereka kepada Nabi Nuh “Kami tidak melihat kamu, melainkan sebagai seorang manusia biasa seperti kami.Kami tidak melihat orang-orang yang mengikut kamu, melainkan orang-orang yang hina di antara kami yang lekas percaya.Dan kami percaya dan yakin bahawa kamu adalah orang-orang yang dusta.”

Jawab Nabi Nuh “ Aku hanya seorang manusia yang mendapat amanah dan diberi tugas Allah untuk menyampaikan risalahnya kepada kamu.Jika kamu tetap berkeras kepala dan tidak mahu kembali ke jalan Allah maka terpulanglah kepada Allah menemtukan hukumnya.”
Dengan penuh kesabaran dan ketaatan Nabi Nuh tetap meneruskan usahanya menyampaikan dakwah kepada kaumnya. Firman Allah :


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Walaupun perdebatan demi perdebatan berlaku di antara Nabi Nuh dan kaumnya, mereka tetap engkar dan buta hati dalam menerima kebenaran dan kekalahan mereka dalam kesesatan. Harapan Nabi Nuh akan kesedaran kaumnya itu semakin berkurangan.Firman Allah yang bermaksud “ sesungguhnya tidak akan ada dari kaumnya mengikutimu dan beriman kecuali mereka yang telah mengikutmu dan beriman lebih dahulu, maka janganlah engkau bersedih hati kerana apa yang mereka perbuat”.
Dengan penegasan Firman Allah itu, lenyaplah sisa harapan dan habislah kesabarannya.
Dalam keadaan bersedih Nabi Nuh berdoa :
“Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan orang-orang kafir ini di atas muka bumi kerana sesungguhnya mereka akan menyesatkan hambamu yang lain.”
Tidak lama kemudian Nabi Nuh menerima wahyu daripada Allah.
Wahyu Allah telahpun tiba,
Nabi Nuh menerima dengan redha,
Bersama pengikutnya membina bahtera,
Untuk menghadapi azab bahaya.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah Hud ayat 37


Maksudnya “ Dan buatlah sebuah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami (yakni Allah)”.
Jibril diutus untuk mengajar baginda membuat bahtera. Jika dilihat pada hari ini pelbagai rekaan yang dapat dihasilkan daripada penguasaan ilmu pengetahuan seperti bangunan pencangkar langit KLCC, transit aliran ringan LRT dan sebagainya. Oleh itu kita digalakkan untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Suasana menjadi gempar.Orang kafir merasa pelik dengan perbuatan Nabi Nuh. Mereka berkata dengan angkuh:
“Gilakah engkau Nuh, apa gunanya bahtera yang engkau buat ini. Di sini tak ada laut, tak ada sungai”.
Namun Nabi Nuh dan pengikutnya terus membina bahtera tersebut dengan rajin dan tekun,siang dan malam.

Bahtera dicemari kaum yang dengki,
Najis dibuang merata-rata,
Kekuasaan Allah tetap terjadi,
Menjadi penawar si tempang, si buta.

Sesungguhnya Allah berkuasa ke atas sesuatu perkara yang dikehendakinya. Seperti mana berlakunya bencana Tsunami, selsema burung adalah menunjukkan bukti kekuasaan Allah yang tidak dapat dielakkan. Sebagaimana FirmanNya :

•
Maksudnya : sesunguhnya Dia maha berkuasa terhadap sesuatu perkara (Surah Fussilat ayat 39)

Setelah siap bahtera dibina
Awan berarak, taufan melanda
Itulah tanda balasan bermula
Dari Allah yang Maha Esa.

Dengan perintah Allah tercurahlah air dari langit dan memancut dari bumi air yang deras dan dahsyat. Angin yang ganas serta rebut taufan.wo…wo….wo… dengan sekelip mata banjir besarpun melanda dan tenggelamlah segalanya hingga kepuncak bukit.Tiada lagi tempat berlindung kecuali bagi orang-orang yang beriman. Tenggelamlah kaumnya yang kufur termasuk isteri dan anaknya Kan’aan yang kufur dan mungkar bersama banjir yang dahsyat itu.
Firman Allah :
•

Dan katakan : “Binasalah orang-orang yang zalim”
Surah Hud ayat 44.

Setelah air bah dahsyat itu mencapai puncak keganasannya dan habis, maka binasalah semua Kaum Nabi Nuh bergelimpangan di atas permukaan air termasuk puteranya. Setelah itu surutlah air itu diserap bumi. Berlabuhlah bahtera Nabi Nuh di atas Bukit “Judie” dengan iringan perintah Allah kepada baginda.
“ Turunlah wahai Nuh ke darat bersama pengikutmu yang Mukmin.Allah akan melimpahkan barakah dan inayah disisiNya.”

Allah Maha Bijaksana, orang yang beriman kepadaNya pasti akan selamat walau apa keadaan sekalipun. Oleh itu marilah kita sama-sama menjauhi segala kemungkaran dan kejahatan kepada Allah dan sesama manusia. Sesungguhnya balasan dari Allah adalah pedih.
Pengajarannya dari kisah ini ialah bahawasanya hubungan antara manusia yang terjalin kerana ikatan persamaan kepercayaan aqidah adalah lebih baik dan mulia dari hubungan yang terjalin kerana ikatan darah.
Demikianlah kisah Kemungkaran Kaum Nabi Nuh dan moga menjadi pengajaran kepada semua.

Sekian.












SEKOLAH : SEK. KEB. TITI TINGGI
NAMA PESERTA : MD. SYAATIR BIN SHARANI
TAJUK : KEPIMPINAN NABI SULAIMAN

Tersebutlah kisah Nabi Sulaiman,
Memimpin manusia jin dan binatang,
Pemerintahnya jadi pedoman,
Demi kemakmuran alam terbentang.

Nabi Sulaiman A.S merupakan putera nabi Daud A.S bin Isya dari keturunan Nabi Ibrahim. Baginda berbangsa Israel yang diketuai oleh ayahnya Nabi Daud.Sebagaimana Firman Allah dalam surah An-Namlu ayat 16 :


Maksudnya : “Dan Nabi Sulaiman telah mewarisi ( pangkat kenabian dan kenabian) Nabi Daud”.

Allah telah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman A.S beberapa kelebihan. Antaranya Baginda boleh membawa angin untuk membawanya ke mana sahaja. Selain itu baginda juga mendapat bantuan dan khidmat daripada golongan jin yang kuat dan mahir dan boleh berkomunikasi dengan haiwan.

Bermulalah kisahnya sebagai seorang pemimpin, dimana Nabi Sulaiman dapat mengadili pertelingkahan dengan adil. Semasa baginda duduk bersama bapanya , tiba-tiba datang dua orang yang sedang bertengkar. Seorang daripada mereka berkata, “ kambing orang ini telah masuk ke ladangku dan makan tanaman-tanamanku yang ada di ladang itu”. Nabi Daud memutuskan hukum supaya tuan punya ladang itu mengambil kambing tersebut sebagai ganti tanamannya yang telah rosak.
Ketika itu Nabi Sulaiman meminta untuk memberi pendapat, “Tuan punya kambing hendaklah mengambil ladang itu untuk pulihkan tanaman yang rosak, sementara tuan punya ladang itu mengambil kambing untuk di ambil susunya hinggalah ladangnya itu selesai dipulihkan semula seperti asal. Setelah itu tuan punya ladang dan kambing mengambil semula harta masing-masing. Keputusan itu diterima baik oleh kedua-dua pihak.

Daripada peristiwa tersebut dapatlah kita ketahui bahawa baginda mempunyai kematangan di dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ayahnya yakin bahawa Nabi Sulaiman dapat menjadi hakim bagi menggantikannya. Pengajarannya ialah sebelum kita melakukan sesuatu perkara kita hendaklah menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah.
Bermulalah satu peristiwa di mana Nabi Sulaiman bersama-sama tenteranya yang sangat ramai dan terdapat juga seangkatan burung terbang di atas kepala mereka bagi melindungi mereka dari matahari dengan sayap-sayapnya. Apabila mereka sampai di satu lembah semut, lalu berkata raja semut itu “ wahai sekalian semut, masuklah kamu ke dalam rumah-rumah kamu supaya kamu tidak dipijak oleh tentera Sulaiman”.
Nabi Sulaiman terdengar arahan raja semut itu dan baginda menyuruh tenteranya untuk berehat bagi memberi laluan kepada semua semut tadi. Nabi Sulaiman bersyukur kepada Allah atas kurnia-Nya yang dapat mendengar suara semut itu. Pengajaran yang dapat di ambil daripada peristiwa ini ialah kita perlulah sentiasa bersyukur di atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Seperti Firman Allah dalam Surah An-Namlu ayat 16 yang bermaksud “ Wahai umat manusia, kami telah diajar memahami bahasa pertuturan burung dan kami telah di beri serba sedikit daripada tiap-tiap sesuatu”.
Hari ini Kementerian Pelajaran telah menetapkan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Maka kita haruslah menyahut cabaran ini agar dapat menguasai segenap ilmu di muka bumi Allah ini.

Di pagi hari yang indah ceria,
Datang Hud-hud pada baginda,
Membawa khabar dari singgah sana,
Matahari disembah dipuja-puja.

Mendengar cerita burung hud-hud itu Nabi Sulaiman menjawab sebagaimana firman Allah dalam surah An-Naml ayat 27 :
•
Maksudnya : “ Berkata Sulaiman, akan kami lihat adakah kamu benar atau termasuk orang-orang yang berdusta”

Nabi Sulaiman ingin menyiasat terlebih dahulu khabar tersebut, seperti yang terjadi kepada Negara Islam seperti Iraq dan Afghanistan yang dicerobuh dan diserang tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Pengajarannya kita tidak boleh mudah mempercayai khabar angin sebelum tebukti kesahihannya.

Nabi Sulaiman telah mengutuskan sepucuk surat kepada Ratu Balqis melalui burung hud-hud. Ratu Balqis adalah permaisuri yang memerintah Negeri Sabak. Baginda mengajak Ratu Balqis menyembah Allah Yang Esa.

Ratu Balqis membalas dengan memberikan Nabi Sulaiman pelbagai hadiah yang berharga. Malangnya hadiah yang dikirim oleh beliau telah ditolak oleh baginda. Lalu baginda melakukan sesuatu yang luar biasa, dimana Nabi Sulaiman menyuruh Jin Afrit membawa singgahsana Ratu Balqis ditempatkan di bilik berkunci untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Ratu Balqis sangat terkejut kerana kerana istananya berada di negeri Nabi Sulaiman. Maka tahulah beliau Nabi Sulaiman itu adalah utusan Allah. Dengan suara teresa-esak Ratu Balqis menyatakan keislamannya.

Kekuasaan dan kepimpinan baginda terhadap cukup-cukup luarbiasa, sehingga masih ditaati walaupun setelah baginda wafat sebagaimana firman Allah dalam Surah As-Saba’ ayat 14 yang bermaksud : “ Maka apabila kami menetapkan kematian sulaiman tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya kecuali anai-anai yang memakan tongkatnya.”

Kewafatan Nabi Sulaiman menunjukkan bahawa semua makhluk di dunia sehebat mana pun, pasti akan mati, hanya Allah yang kekal selamanya.

Demikianlah tadi berakhirnya kisah Nabi Sulaiman di dalam Al-Quran. Semoga ianya dapat menjadi iktibar dan tauladan serta pencetus kepada kita bagi melakukan amal kebaikan.

Sekian.

kisah dakwah Nabi Ibrahim

KISAH DAKWAH NABI IBRAHIM A.S KEPADA KAUMNYA.

Nabi Ibrahim a.s adalah anak kepada Azhar seorang pembuat patung –patung berhala. Baginda dilahirkan di tengah-tengah masyarakat yang penuh dengan kemusyrikan dan kekufuran. Pada masa itu mereka diperintah oleh seorang raja yang sangat zalim yang bernama “Namrudz”.

HBIS 3302 Nota Pend. Islam

TOPIK 1- TILAWAH AQ 1 (AYAT BACAAN)
ILMU TAJWID
Bahasa- mengelokkan atau mencantikkan.
Istilah – Suatu ilmu utk mengetahui cara melafazkan huruf-huruf AQ dgn betul.
Hukum Ilmu Tajwid:
- Mempelajari – Fardu Kifayah
- Mempraktikkan- Fardu Ain

HBQE 2103 nota ulum

TOPIK 1

Al-quran adlh Kalam Allah yg dturun kpd Nabi Muhamad (s.a.w)
Bahasa: suatu yg dbaca
Istilah: Kalam Allah,sbg mukjizat, dturun kpd. Nabi M, ddatang secara muatawatir, mbaca ibadah, bermula dgn Alfatihah --- Annas.

Tuesday, January 25, 2011

first bike


first bike

pastu !!!

species cantik


keladi tompok putih

keladi tompok merah

Pokok kedah

Jejarum

Inai Mekah

HAKIM KAWAD KAKI KEBANGSAAN 2010



DANGA BAY

HBQE 1203 ULUM OUM

TOPIK 2
PENULISAN DAN PENGUMPULAN ZAMAN RASULULLAH
1- Simpan didada
2- Tulis pd benda yg ada ketika itu

PENGHAFAZ AL-QURAN
1- Ubay bin kaab
2- Muaz ibnu Jabal
3- Zaid ibnu Thabit
4- Abu Zaid al-Anshari
5- Ali ibnu Talib
6- Said b Ubaid
7- Abu Darda
8- Ubaid ibnu Muawiyah

HBAL 1103 BAHASA ARAB OUM

TOPIK 1 : METODOLOGI
PENGAJARAN BAHASA ARAB ( 1 )

Definisi :
Arbak Othman ( 1985 ) Peng. Bhs ialah cara2 guru menyampaikan maklumat kpd pelajarnya bgmana sesuatu bhs itu digunakan mengikut tatabhs yg betul.

1. Metod Nahu dan Terjemah
( Metod tradisional / Metod klasik )
1.1: Matlamat Metod.
a. Pelajar menguasai tatabhs & berupaya menulis
dgn betul.
b. Pelajar dpt menterjemah teks bhs asing dgn betul.
c. Pelajar dpt menguasai kosa kata yg byk.

HBAL 1203 nota bahasa arab oum tak lengkap

1. Tiga (3) sumber utama kurikulum :
i. Masyarakat
ii. Pelajar
iii. Mata Pelajaran

kertas kerja perkhemahan

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG BESAR UTARA PERLIS.

Pengenalan

Kursus ini diadakan agar dapat membina minda ,sahsiah dan jasmani untuk menjadi insan yang berdaya tahan bagi menghadapi masa depan yang cemerlang. Perkhemahan ni juga melatih pelajar mendisiplinkan diri dengan masa, aktiviti dan arahan seterusnya mengamalkan sikap ini dalam kehidupam seharian.

Rasional

Pelajar yang terpilih dan menawarkan diri diharapkan dapat memanfaatkan segala ilmu yang didapati semasa perkhemahan samaada tersurat atau tersirat. Sekurang-kurangnya pendedahan awal tentang perkhemahan dan aktiviti yang dijalankan akan menimbul minat murid untuk bergiat aktif dalam Unit Beruniform sekolah.

Matlamat

1- Memantapkan disiplin diri.
2- Pengurusan masa..
3- Mendedahkan asas ilmu pendidikan luar.

Objektif

1- Meningkat semangat jati diri pelajar.
2- Melahirkan pelajar yang berdisplin
3- Menyusun dan menepati masa yang telah ditetapkan.


Sasaran

1- Tunas Kadet Remaja Sekolah 30 orang
2- Pengakap 30 orang
3- Bulan Sabit Merah Malaysia 30 orang
4- Persatuan Puteri Islam 30 orang
5- Persatuan Tunas Puteri 30 orang

Jumlah keseluruhan 150 orang







Jawatankuasa Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Padang Besar Utara Perlis 2009.

Penasihat : En. Annuar B. Abdullah – Guru Besar

Pengerusi 1 : Pn. Fazilah Bt Othman – GPK Ko-Kurikulum

Pengerusi 2 : En Saidon B. Din – GPK Pentadbiran

Pengerusi 3 : Pn. Narimah Bt Arof – GPK Hal Ehwal Murid.

Setiausaha : Ust. Muhamad Zaim Bin Zanol

Pen. Setiausaha : Pn. Nazirah Bt. Zain

Bendahari : Pn. Yushaniza Bt Yusoff

Ahli-ahli Jawatankuasa :

1- Ust Muhd Ghafri Bin Puteh – Pengakap
2- En. Muhd Nasir Bin Mohd Noor- TKRS
3- En. Abd Bar Bin Bakar- BSMM
4- Pn. Rosmizah Bt Osman- Tunas Puteri
5- Utz. Noriyali Bt Sarjo- Puteri Islam

Ahli Jawatankuasa kecil.

Kem Komandan

1- Ust Muhamad Zaim Bin Zanol

Pen. Kem Komandan

1- En. Abd Bar Bin Bakar

Penyelia perkhemahan

1- En. Annuar Bin Abdullah
2- Pn. Fazilah Bt Othman
3- En. Saidon Bin Din
4- Pn. Narimah Bt Arof

Urusetia

1- Pn. Norosamin Bt Kasim
2- Pn. Nor Inshon Bt Karim
3- Pn. Yusrina Bt Yusuf
4- Pn. Suriati Bt Md Akhir
5- Pn. Syarifah Bt Haris
6- Pn. Rosmizah Bt Osman

Pendaftaran

1- En. Mohd Fauzi Bin Salleh
2- Pn. Norhayati Bt Darus
3- Pn. Salamah Bt Fadzil
4- Pn. Rusni Bt Mahmud
5- Pn. Nora Bt Yusuff
6- Nor Asimah Bt Nayan

Persiapan tempat dan khemah

1- En. Fadzil Bin Osman
2- En. Ismail Bin Hamzah
3- En Azrul Nizam Bin Zainal
4- Utz. Noriyali Bt Sarjo
5- Pn. Noor Jasimah Bt Jusoh

Keselamatan

1- En. Nasir Bin Jaya
2- En. Mohd. Nasir Bin Mohd Noor
3- En. Mohd Noor Hissam Bin Mohd. Faudzi

Makanan/Minuman

1- Utz. Rafizah Bt Abd Rashid
2- Utz. A’atiyah Bt Kamarudin
3- Pn. Haliza Bt Hussin
4- Pn. Noor Laila Bt Zinon
5- Pn. Yushaniza Bt Yusoff
6- Pn. Nora Bt Yusoff
7- Cik Syarifah Afizah Bt Syed Ariffin
8- Pn. Hamiyun Bt Abd Rahman
9- Pn. Norizah Bt Sulaiman
10- Cik Mazlina Bt Yahya

Perekod Aktiviti

1- Utz. Irma Bt Che Ani
2- Pn. Nor Fajrina Lim Bt Abdullah


Fasilitator

1- Pn Fazilah Bt Othman
2- Ust. Muhamad Zaim Bin Zanol
3- Ust Mohd. Ghafri Bin Puteh
4- En. Abd. Bar Bin Bakar
5- Pn. Noor Jasimah Bt Jusoh
6- Pn Rosmizah Bt Osman
7- En Azrul Nizam Bt Zainal
8- Utz. Noriyali Bt Sarjo
9- En. Mohd Nasir Bin Md Noor
10- Pn. Nor Inshon Bt Karim


Tarikh dan masa pelaksanaan

24, 25 dan 26 April 2009 ( Jumaat- Sabtu)

Tempat perkhemahan

Sekolah Kebangsaan Padang Besar Utara, Perlis.

Kewangan

1- Makanan dan minuman 150 peserta x 8 x 3 hari = RM3600

2- Dokumentasi/ Fotografi = RM 100

3- Sijil = RM 100

4- Alatan = RM 200

Jumlah keseluruhan = RM4000