Wednesday, January 26, 2011

Kisah Nabi Daud

KISAH NABI DAUD A.S

PENGENALAN

Daud bin Yisya adalah keturunan yang ketiga belas dari Nabi Ibrahim A.S. beliau juga mempunyai 13 belas adik beradik. Tempat tinggalnya adalah sebuah kota yang bernama Baitulaham. Beliau berbangsa Israel yang ketika itu ditindas oleh bangsa Palestin.Ketua mereka ketika itu adalah Raja Talut.



Isi 1

Tidak berapa lama kemudian bangsa Israel iaitu bangsa Nabi Daud A.S telah berperang dengan bangsa Palestin yang dipimpin oleh raja Jalut.Raja Talut telah mengerahkan rakyatnya masuk angkatan tentera tidak terkecuali juga Nabi Daud A.S dan dua orang abangnya.Bapa Nabi Daud melarang Nabi Daud berperang dibarisan hadapan,ini kerana beliau adalah anak yang termuda, tugasnya hanya membantu dua orang abang nya seperti membawa makanan dan minuman serta melaporkan keadaan perang kepada bapanya.
Tiba –tiba sampai pada suatu masa mereka bertembung dengan tentera Raja Jalut,tentera tentera Raja talut berasa takut dan kecut melihat kegagahan tentera Raja Jalut. Raja Jalut dengan sombong menyeru: Hei tentera Talut ,siapa yang berani melawan aku maju lah kehadapan ,akan ku bunuh dengan pedang ku ini.
Namun semua tentera Raja Talut tidak menyahut kerana ketakutan, namun Nabi Daud yang dari tadi mendengar seruan Jalut yang sombong itu telah lupa larangan bapa supaya tidak berperang. Nabi Daud telah menyambut cabaran Jalut ,dalam pertampuran itu Jalut telah kalah dengan lastik Nabi Daud yang mengenai mata Jalut.
Dengan kegagahan Nabi Daud itu rakyat telah sayang dan menyanjungi Nabi Daud.Raja talut juga telah mengawinkan puterinya bernama Mikyal dengan Nabi Daud A.S.

Pengajaran:
Allah telah memberi contoh bahawa orang yang kuat ,gagah dan sombong yang hanya menggunakan kekuatan tubuh badan sahaja juga akan kalah dengan orang lemah yang menggunakan senjata kecil dan tak beerti dengan izin Allah.

Isi 2

Tersebut lah kisah Nabi Daud yang sangat dimuliakan oleh rakyat , ini menimbulkan rasa iri hati Raja Talut yang menyangka sanjungan terhadap Nabi Daud akan melemahkan pengaruh dan kuasanya.
Pada mulanya Talut telah menghantar Nabi Daud berperang dengan Bangsa Kan’an yang akan memberontak, pada sangkaan Talut Nabi Daud akan terbunuh dalam peperangan itu namun tanpa di sangka dengan izin Allah Nabi Daud telah balik dengan tenteranya membawa kemenangan.Kemenangan Nabi Daud menyebabkan rakyat lagi bertambah sayang kepada Nabi Daud.
Iri hati dan dengki Talut juga bertambah dan beliau dengan terang akan membunuh Nabi Daud kali ini. Tetapi Isteri Nabi Daud .Mikyal seorang isteri yang setia telah memberitahu rahsia ayahnya akan membunuh Nabi Daud.
Nabi Daud yang sedih dengan sikap mertuannya itu telah keluar senyap-senyap dari kota membawa diri.Kehilangan Nabi Daud telah disedari rakyat dan mereka telah keluar beramai mencari Nabi Daud dan telah berjumpa dengan Nabi Daud tidak jauh dari kota. Mereka telah tahu rancangan Talut dan berjanji akan mengikut Nabi Daud

Raja Jalut juga telah mengumpul tentera yang masih setia dan mengejar Nabi Daud dan pengikut nya.

Nabi Daud dan pengikutnya bersembunyi dan memerhati pergerakan tentera Talut .

Pada suatu malam Nabi Daud masuk ke khemah Talut yang ketika itu nyenyak tidur dan menggunting bucu baju Talut. Lalu nabi Daud naik kesatu tempat dan menyeru :Wahai tentera Talut jaga lah raja mu baik –baik kerana kamu ini sentiasa leka dan nyenyak tidur dan aku telah menggunting bucu baju raja kamu.

Raja talut sangat terkejut dan merasa takut namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk membunuh Nabi Daud.

Nabi Daud masuk lagi ke khemah Talut ketika pengawal tenteranya nya nyenyak tidur begitu juga talut mengambil bekas air dan anak panah di ujung kepala Talut lalu dibawa kesuatu tempat dan menyeru: Wahai tentera Talut ambillah bekas air dan panah Raja kamu ini,kamu sekali lagi lalai menjaga raja kamu ,
Kali ini Talut merasa insaf kerana Nabi Daud dapat membunuhnya namun Nabi Daud tidak berbuat demikian kerana keluhuran akhlak Nabi Daud .Tidak berapa lama Talut keluar berkelana dan melepaskan pemerintahannya.

Pengajaran

Iri hati dan sifat dengki akan menyebabkan kita berpecah belah dan lemah serta menganiaya orang yang tidak bersalah.

Isi 3

Nabi Daud telah dilantik menjadi raja menggantikan Talut yang telah keluar berkelana. Nabi Daud telah memerintah dengan adil dan saksama .Rakyat Israel semakin senang dan kaya dibawah pemeritahan Nabi Daud.
Bagi bangsa Israel hari kebesaran dan hari suci adalah hari Sabtu .Pada hari itu semua aktiviti bekerja seperti berniaga ,bertani dan nelayan dihentikan untuk beribadah pada Allah.
Tersebut lah sebuah berrnama Ailat,sekumpulan penduduk dari desa itu telah engkar dengan larangan bekerja pada hari sabtu,mereka telah menangkap ikan ada hari tersebut kerana banyak ikan telah berenang ketepi dan muncul atas permukaan air. Kerana mendapat hasil yang banyak mereka telah lupa pesanan dari Nabi Daud.Sahabat yang taat telah menasihati mereka berkali-kali namun mereka membangkang dan bertambah berbuat maksiat.
Oleh kerana keengkaran mereka Allah telah mengubah rupa mereka menjadi kera dan menurunkan gempa bumi yang dasyat dan membinasakan orang yang engkar tadi.
••
madsudnya: kami timpakan kepada orang –orang yang zalim siksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasik.
Al-a’raf ayat165

Pengajaran

Jangan melanggar perintah Allah dan nabi kelak kita akan ditimpa azab dan seksaan yang pedih
Kita hendaklah nasihat menasihati dalam memperbaiki akhlak masing-masing.

Isi 4

Nabi Daud a.s telah diberi keistimewaan antaranya ialah

1- seorang nabi yang bijaksana ,teliti dan bijak menyelesaikan perselisihan.
2- Telah diturunkan kitab zabur kepadanya yang mengandungi tasbih,pujian kepada Allah ,cerita umat terdahulu dan berita datangnya Nabi Muhamad s.a.w.
3- Seorang nabi yang bersuara merdu sehingga burung –burung pun berhenti mendengar suara Nabi Daud apabila ia bertasbih kepada Allah.
4- Dapat melembutkan besi dengan menggunakan tangan

madsudnya: Dan Kami telah melembutkan besi untuknya.
Surah sabak ayat 10

5- Seorang Nabi yang menjadi raja dan tidak pernah dikalahkan oleh musuh dalam pemerintahannya.

Jadi demikianlah keistimewaan Yang terdapat pada Nabi Daud a.s

Pengajaran

Seorang Nabi walaupun diberi Allah berbagai keistimewaan ,mereka tetap rajin beribadah kepada Allah .

Demkian lah tadi sebuah cerita seorang Nabi Allah Daud a.s ,seorang Nabi yang gagah dan bijaksana .Semoga kita dapat menagmbil iktibar dari cerita yang saya persembahkan tadi

Sekian, wassalamu…………………….

1 comment: