Wednesday, January 26, 2011

Kisah Nabi Muhammad sebelum menjadi Rasul

KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SEBELUM MENJADI RASUL


ASSALAMUALAIKUM

Pengenalan

Nabi Muhammad s.a.w adalah anak kepada Abdullah b. Abdul Mutalib. Ibunya bernama Aminah bt. Wahab dari suku Qurisy yang mulia ketika itu.
Bapa Nabi meninggal dunia ketika baginda berumur enam bulan dalam kandungan ibunya.
Nabi dilahirkan dalam keadaan yatim tanpa harta yang banyak,tanpa da seorang pun yang yang menunjuk ajar tetapi baginda terpelihara dari melakukan perbuatan jahat orang Arab Jahilliyah ketika itu.
Siapa yang menjadi petunjuk? Tentulah Allah swt,Firman Allah ,Surah Adduha ayat 7:






Ertinya: telah memperoleh engkau hai Muhammad akan kesesatan,maka tuhan yang menunjukkan.

Isi 1

Tahun kelahiran Nabi Muhammad juga di sebut Tahun gajah,pada tahun itu seorang raja Yaman telah menyerang Mekah untuk meruntuhkan kaabah.

Huraian:
Seorang raja dr. Yaman bernama Abrahah mengerahkan tentera nya termasuk pasukan bergajah untuk meruntuhkan Kaabah kerana ia dengki dan berharap orang beralih kenegeri nya beribadat pada kaabah yang dibinanya sendiri.
Pembesar dan penduduk Mekah tidak dapat melawan pasukan tentera bergajah abrahah itu ,lalu mereka melarikan diri kepinggir kota mekah unutk bersembunyi.
Setelah sampai berhampiran kota mekah ,tiba –tiba datang beribu-ribu burung ababil melempari batu batu kecil kepada tentera bergajah. Maka habislah pasukan itu cedera dan terbunuh ,badan mereka hancur menjadi seperti daun dimakan ulat.
Firman Allah ,Surah Al-Fill: ayat 5.



Maka jadilah mereka seperti daun dimakan ulat

Pengajaran:
Allah berkuasa menjadikan mahkluk yang kecil memusnahkan mahkluk yang terbesar sekalipun dan jangan lah kita sombong dan takbur hendak mencabar kekuasaan Allah kelak akan mendapat balasan yang dahsyat

Isi 2
Setelah dilahirkan Nabi diserahkan kepada seorang pengasuh yang bernama HalimatusSa’adiah.

Huraian:
Dengan kedatangan nabi Muhammad kehidupan keluarga HaliamtusSa’adiah sebelum ini begitu susah telah bertukar menjadi senang, haiwan ternak makin membiak dan gemuk –gemuk belaka dan tanam-tanaman pun semakin subur
HalimatusSa’adiah sangat kasih kepada nabi Muhammad dan telah meminta kepada Ibu Nabi agar ditambah lagi 2 tahun untuk beliau mangasuh Nabi ,lalu Aminah pun membenarkan beliau mnejaga Nabi lagi 2 Tahun
Semasa dalam jagaan Haliamatus Sa’adiah ini lah telah datang 2 malaikat dan membedah dada Nabi dan mencucinya dari kekotoran.


Sewaktu berumur 6 tahun ketika Nabi menziarahi kubur ayahandanya di Madinah ,ibu nabi telah jatuh sakit dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke mekah
Jadilah Nabi Mujhammad seorang yatim piatu . Kemudian beliau dipelihara pula oleh Datuknya Abdul Mutalib,beliau dalah salah seorang pembesar Mekah yang dihormati .Beliau sangat Kasih kepada Nabi Muhammad. Ketika Nabi dilahirkan beliaulah yang paling gembira dan memberi nama Muhammad kepada Nabi

Firman Allah: Surah Assaf ayat 6




Ertinya : akan datang rasul sesudah kunanti yang bernama Ahmad

Pengajaran: Kita hendaklah menjadi insan yang tabah mengahadapi segala dugaan Allah seperti Nabi yang hidup tanpa Ibu bapa sejak kecil lagi.

Isi 3

Ketika berumur 8 tahun Datuk nabi pula telah meninggal dunia ,maka tinggal lah nabi dengan bapa saudaranya Abu Tolib,
Huraian

Keluarga Abu Talib sangat ramai dan tergolong dalam orang yang kurang mampu. Dengan kedatangan Nabi Muhammad telah bertambah tanggunggan Abu Tolib,
Tetapi Abu tolib sangat mengasihi Nabi Muhammad kerana ketika makan dengan Nabi Muhammad mereka akan berasa kenyang walau makanan itu sedikit.

Ketika berumur 9 tahun Nabi telah mengikut rombongan Abu Tolib untuk berniaga di Syam. Dalam perjalanan rombongan tersebut telah bertemu dengan pendeta Nasrani bernama Bahira,
Apabila terlihat Nabi dan tanda kerasulan Nabi Muhammad ,beliau terus memuji Nabi dan memberitahu Abu Tolib supaya cepat-cepat membawa pulang Nabi Ke Mekah kerana takut dijumpai orang Yahudi dan mereka akan membunuh Nabi Muhamad katanya Nabi akan menjadi seorang pemimpin besar suatu ketika nanti


Isi 4

Setelah Dewasa Nabi telah berdagang sendiri keSyam , Sifat lurus jujur dan pandai menarik perhatian pelanggan telah menyebabkan barangan yang dijual cepat habis dan beliau selalu pulang awal . Sifat amanah dan jujur ini telah menarik perhatian seorang janda kaya Quraisy iaitu Siti Khadijah.

Huraian

Beliau telah mengupah Nabi untuk membawa barang dagangan ke Syam. Tidak berapa lama Nabi pulang dengan membawa keuntungan yang banyak kepada Siti Khadijah.
Siti khadijah tertarik kepada Nabi Muhammad lebih –lebih lagi Maisarah hamba Siti Khadijah yang ikut ke Syam telah menceritakan bagaimana Nabi sentiasa dilindung awan ketika dalan perjalanan
Selepas itu Siti Khadijah terus meminang Nabi dan Nabi menerimanya lalu berkahwinlah mereka dan hidup bahagia.

Pengajaran

Sifat jujur ,amanah, dan berbudi pekerti mulia akan mendapat kebaikan samaada diduni atauppun akhirat.

Isi 5

Sewaktu berumur 35 tahun Nabi Muhmmad telah digelar Al-Amin yang bererti orang yang dipercayai

Pada ketika itu telah berlaku keruntuhan pada kaabah akibat dari banjir besar yang melanda Mekah.
Setelah Bangunan Kaabah dipulihkan berlakulah perselisihan antara pembesar Quraisy berebut untuk meletak Hajarul Aswad pada tempat asalnya. Perebutan itu hampir mencetuskan pergaduhan yang besar.Atas Nasihat seorang tua , mereka bersetuju memilih Hakim iaitu orang yang datang paling awal ke masjidil Haram esok pagi .Dan orang yang paling awak datang esoknya adalah Nabi Muhammad saw,mereka pun melantik Nabi Muhammad untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Nabi Muhammad telah merentang kain serban baginda dan meletakan batu tersebut di atas kain ,selepas itu baginda menyuruh semua orang memegang sudut masing –masing dan mengangkat beramai-ramai,setelah itu nabi sendiri yang mengangkat Batu Harul Aswad ketempat asalnya. Semua oarng berpuas hati dan memuji nabi dan menggelarnya Al-amin kerana berjaya menyelesaikan masalah besar dan menjadi orang yang paling dipercayai.

Penutup
Ketika berumur 40 tahun Nabi Muhamad telah dilantik menjadi Rasul yang terakhir yang menerima Kitab Al_quran sebagai panduan orang Islam sampai akhir Zaman,ketika ini lah nabi menerima berbagai –bagai cabaran untuk mengembang kan agama islam

Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment

Post a Comment