Thursday, January 22, 2015

Teks ucapan majlis penyerahan bantuan persekolahan RM 100

Majlis penyerahan duit 100 Bantuan Awal Persekolahan Sek Rendah Islam 2
Tarikh: 27 Januari 2014( Isnin)
Masa : 11 pagi
Tempat : Dewan terbuka Kantin sekolah

Majlis mengumumkan ketibaan wakil YB. DATUK ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN ,Ahli Parlimen Padang Besar En Azizan Bin Sulaiman diiringi Tn Guru Besar Sek Ren Islam 2 dan semua tetamu jemputan masuk kedalam dewan

Para pelajar diminta berdiri.....


Tuan-tuan dan puan-puan dan Sek Ren Islam2 dijemput untuk mengambil tempat, dipersilakan.


Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

1. Yang
 Diraikan En Azizan Bin Sulaiman wakil Yang Berhormat DATUK ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN,  Ahli Parlimen Padang Besar,
2. Yang berusaha Tuan Guru Besar Sek Ren Islam2 , Ust.. Muhamad Zaim bin zanol

5. Yang di hormati Para Guru , ibubapa dan penjaga pelajar

6. para pelajar yang di rahmati sekelian

Terbang belatuk ke kuala perlis
Di tengah permatang mencari ikan
Kehadiran datuk penyeri majlis
Selamat datang kami ucapkan

ALHAMDULILLAH, IZINKAN kami MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul pada hari ini dalam pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang oleh kerajaan

Terlebih dahulu pihak majlis sukacita mengalu-alukan kehadiran Yang di hormati En Azizan Bin Sulaiman  , para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekelian dalam majlis pengagihan wang bantuan persekolahan ini. Semoga dengan kesudian meluangkan masa pada pagi ini akan menyemarakkan lagi majlis ini.
 

BACAAN DOA
 

Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama bermunajat menadah tangan memohon taufik dan hidayah sempena majlis pengagihan wang bantuan persekolahan ini. Jesteru, Majlis mempersilakan Ustaz ………………………… untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....Bacaan Doa

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz…………………. di atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan Guru Besar
Pergi ke kota beli selasih,
mencari manisan buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh Yang berusaha Tuan Guru Besar Sek. Ren Islam 2, Ust Muhamad Zaim Bin Zanol .Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Ucapan Guru Besar********************************************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan alu-aluan Tuan Guru Besar Sek Ren Islam 2
Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Tanah terbiar tidak bertuan,
Berpagar teguh tidak berpapan,
Yang Dihormat tuan jadi tumpuan

Tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan oleh Yang Dihormati Wakil Yang berhormat
 Ahli Parlimen Padang Besar En Azizan Bin Sulaiman. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan…… Persilakan tuan memberi ucapan


Ucapan Perasmi***********************************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En AzizanBin Sulaiman   ,atas ucapan sempena majlis pengagihan wang bantuan persekolahan sebentar tadi ….

Penyampaian wang sumbangan

Hadirin-hadirat warga dewan gemilang yang dikasihi,

Acara diteruskan lagi dengan pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang diberikan kerajaan dari Yang dihormati  
En Azizan Bin Sulaiman. Buat pengetahuan hadirin, 20 orang pelajar yang bertuah telah dipilih bagi menerima pengagihan wang tersebut yang bakal disempurnakan oleh Yang dihormati  En Azizan Bin Sulaiman. Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Guru Besar Sek Ren Islam 2 untuk menjemput dan mengiringi Yang dihormati  En Azizan Bin Sulaiman untuk tampil menyempurnakan pengagihan tersebut,  dengan segala hormatnya dipersilakan
penutup
Warga dewan yang dirai,

kita telahpun sampai ke penghujung majlis, oleh itu maaf jua dipinta di atas sebarang kesilapan dan kekurangan di sepanjang majlis ini berlangsung.

Kami selaku wakil kerja jawatankuasa majlis, memohon maaf atas segala kekurangan dan tidak keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum…… 
*Pelajar Tahun Enam diminta tunggu di dewan ini bersama ibubapa atau penjaga…








DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)
                       

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ,  وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru-guru kami yang kami kasihi.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Rahmatilah Majlis Bantuan Awal Persekolahan tahun 2014 yang kami adakan ini.Berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.

Ya Allah  Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.

Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

االلَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


No comments:

Post a Comment