KISAH DAKWAH NABI IBRAHIM A.S KEPADA KAUMNYA.
Nabi Ibrahim a.s adalah anak kepada Azhar seorang pembuat patung –patung berhala. Baginda dilahirkan di tengah-tengah masyarakat yang penuh dengan kemusyrikan dan kekufuran. Pada masa itu mereka diperintah oleh seorang raja yang sangat zalim yang bernama “Namrudz”.
Bermulalah kisah Raja Namrudz yang merasa cemas dan takut jika ada anak-anak lelaki yang hidup untuk mengambil alih kerajaannya, lalu beliau telah mengeluarkan perintah undang-undang kerajaanya , bahawa sesiapapun tidak boleh melahirkan anak lelaki, jika ada yang melahirkannya maka anak itu akan di bunuh hidup-hidup. Walau bagaimanapun bapa Nabi Ibrahim tidak sampai hati untuk menuruti perintah rajanya itu, lalu membuang Nabi Ibrahim di dalam sebuah gua yang terletak di hutan. Tetapi dengan izin Allah Nabi Ibrahim tetap selamat dan besar walaupun baginda dibiarkan bersendirian. Tatkala Nabi Ibrahim menghisap jarinya maka keluarlah air madu bagi makanannya. Keanehan ini disebut Irhash iaitu keganjilan yang luar biasa yang terdapat pada diri para Rasul.
Pengajarannya setiap apa yang berlaku itu adalah kurniaan daripada Allah swt. Allah Maha Berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendakinya.
Setelah Nabi Ibrahim menjadi dewasa, baginda telah dikurniakan kepintaran berfikir yang luar biasa dan berani berdebat tentang hal ketuhanan. Seperti firman Allah dalam surah Anbiya’ ayat 51 :
•
Maksudnya : “Sesungguhnya kami telah menganugerahkan kepintaran kepada Nabi Ibrahim semasa dahulu dan kami mengetahuinya.”
Ibrahim bertanya kepada bapanya,
Siapakah Tuhan yang di puja-puja,
Berhalalah tuhan dahulu kala,
Membawa kesesatan di alam nyata.
Selepas berakhirnya perhimpunan itu, lalu Nabi Ibrahim telah menghancurkan berhala-berhala itu, kecuali sebuah berhala yang besar untuk kaumnya melihat. Nabi Ibrahim telah meletakkan kapak yang digunakannya itu di atas bahu patung yang besar itu. Kemudian mereka berkata : “ Siapa yang memperbuat ini terhadap tuhan kita? Sesungguhnya orang itu seorang yang aniaya.”
Di antara mereka ada yang berkata : “ kami dengar ada seorang anak muda, yang mencaci dan menista tuhan kita, namanya Ibrahim.”
Sahut mereka itu: “ Suruh datanglah ia ke mari dihadapan orang ramai, supaya mereka mempersaksikan”
Kemudian mereka bertanya : “ Engkaulah yang memperbuat semacam ini atas tuhan kami?”.
Jawab Ibrahim : “ Bukan, yang memperbuat demikian ini, ialah patung yang terbesar ini. Cubalah tanyakan kepadanya, jika mereka boleh berbicara.”
Setelah mendengar kata-kata Ibrahim, terfikirlah mereka bahawa patung itu tidak boleh berkat-kata, maka mengapakah ia patut disembah. Jelaslah menunjukkan kepada kita bahawa Nabi Ibrahim seorang yang sangat berani dan pandai berfikir. Pengajarannya ialah sebelum kita melakukan sesuatu perkara kita perlulah menggunakan akal fikiran.
Walaupun Nabi Ibrahim seorang yang benar, mereka meminta rajanya supaya menjatuhkan hukuman mati. Supaya Nabi Ibrahim dibakar dalam api yang menyala-nyala. Orang-orang kafir itu mengumpulkan kayu bakar sebanyak-banyaknya. Setelah kayu itu bertimbun mereka menyalakannya, akan tetapi mereka berasa kebingungan kerana bagaimanakah caranya hendak memasukkan Nabi Ibrahim ke dalam api tersebut. Ini adalah kerana mereka tidak dapat pun menghampiri unggunan api besar itu dari jarak yang dekat.
Lalu syaitan mengambil kesempatan itu dan memberi petunjuk kepada mereka . Mereka meletakkan Nabi Ibrahim di tempat yang boleh dilentingkan, seperti anak panah dan dilentingkan dari jauh ke dalam sasarannya. Maka masuklah Nabi Ibrahim di dalam api yang bernyala itu. Orang-orang Kafir itu merasa puas dan menontonnya sehingga api itu terpadam.
Setelah api terpadam, alangkah terkejutnya mereka kerana Nabi Ibrahim selamat , bahkan sehelai rambutnyapun tidak ada yang terbakar. Seperti dalam firman Allah dalam Surah Anbiya’ ayat 69 ;
•
Maksudnya : “ Hai api! Hendaklah dingin dan selamatkan Ibrahim.”
Beginilah kekuasaan Allah yang tidak ada bandingannya.Walaupun api itu sangat panas, tetapi ia menjadi dingin dengan kekuasaan Allah.
Nabi Ibrahim menyeru ayahnya , agar segera bertaubat kepada Allah sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran Surah Maryam ayat 42
•
Maksudnya : “ Ya Bapaku, mengapa engkau menyembah sesuatu yang tidak mendengar dan tidak pula melihat.”
Walaubagaimanapun segala usaha dan pujuk rayu Nabi Ibrahim, bapanya tetap tidak mahu mengikut seruan baginda itu. Sehingga bapanya sanggup menghalau Nabi Ibrahim untuk selam-lamanya kerana baginda telah menghina tuhannya.
Semenjak itu, berpindahlah Nabi Ibrahim ke tanah suci “Baitulmaqdis”, dan di sanalah beliau berumahtangga sampai mendapat anak yang saleh serta keturunan yang baik-baik.
No comments:
Post a Comment