KISAH NABI MUSA A.S DI ISTANA.
Nabi Musa adalah putera kepada Umran bin Qahit bin Lawi. Umran adalah dari salasilah Nabi Ibrahim melalui Nabi Yaakub anak Nabi Ishak. Ibunya bernama Yakabad , juga daripada keturunan Nabi Yaakub. Baginda dari keturunan Bani Israil.
Pada masa itu Mesir diperintah oleh Raja Firaun yang sangat Zalim. Ia memerintah negaranya dengan kekerasan, penindasan dan melakukan sesuatu dengan sewenag-wenagnya.Raja Firaun juga telah mengumumkan dirinya sebagai Tuhan.Pada suatu hari seorang nujum telah memberitahu Friaun, bahawa akan ada seorang bayi lelaki yang akan menjadi musuh kerajaan dan membinasakannya. Sejak hari itu raja memerintahkan agar semua anak lelaki yang lahir akan dibunuh. Seperti dalam firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 141 :
...........................................................................................................................
Maksudnya : ” Mereka membunuh anak-anak lelaki kamu”
Yukabad hidup dalam keadaan cemas dan khuatir keselamatan anaknya. Allah telah mengilhamkan kepadanya agar menyembunyikan Nabi Musa di dalam sebuah peti yang tertutup rapat, kemudian menghanyutkannya ke Sungai Nil. Pada masa itu isteri Firaun duduk berehat di tepi Sungai Nil .Tiba-tiba dia terpandang peti tersebut lalu mengarahkan dayangnya mengambil peti tersebut, lalu didapatinya seorang bayi lelaki yang comel.
Asiah, isteri Firaun memandang bayi itu dengan penuh kasih sayang dan ingin memeliharanya.Pada mulanya Firaun menentang kehendaknya, setelah dipujuk rayu Asiah, akhirnya Firaun bersetuju mengambil Musa sebagai anak angkatnya. Firaun tidak menyangka bayi itulah yang akan menjatuhkan kerajaannya.Pengajarannya dengan berkat ketaqwaan kepada Allah akhirnya Musa selamat di tangan Firaun.
Bermulalah kehidupan Musa di istana,
Dilayan seperti kaum keluarga,
Melihat kehidupan Firaun durjana,
Membiarkan kaumnya hidup sengsara.
Matinya Qibti angkara Musa,
Murkalah Firaun kepada baginda,
Lalu diperintah bala tentera,
Mencari Musa dimerata-rata.
Ke Negeri Madyan Musa bersembunyi,
Dari Firaun yang busuk hati,
Anak Nabi Syuaib dijadikan isteri,
Shafura isteri berbudi pekerti.
Nabi Musa teringatkan keluarganya, lalu pergi ke Mesir bersama isterinya. Apabila sampai di Bukit Tursina, baginda terdengar suara seruan yang datang dari sebatang pohon kayu. Seperti firman Allah dalam Surah yang bermaksud : ”Wahai Musa, aku ini adalah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu. Sesungguhnya kamu berada di Lembah Tuwa yang suci”.
Inilah wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Musa a.s sebagai tanda kenabiannya. Baginda juga telah di angkat menjadi Rasul dan dikurniakan 2 Mukjizat. Pengajarannya kita hendaklah percaya dan beriman kepada Allah yang Esa.
Nabi Musa dan Nabi Harun berjumpa Firaun di istana untuk berdakwah.Maka berlakulah perdebatan di antara Musa dan Firaun. Nabi Musa menyeru Firaun untuk beriman kepada Allah, lalu Firaun mahu melihat bukti-bukti kebenaran ajaran Allah. Baginda pun menunjukkan mukjizatnya seperti tangannya menjadi putih bersinar-sinar dan tongkat bertukar menjadi ular.
Pembesar Firaun mencadangkan agar diuji kehandalan dan kehebatan Nabi Musa dengan Ahli-ahli Sihir Firaun. Setiba hari tersebut, ahli sihir pun mencampakkan tali mereka lalu bertukar menjadi ular. Kemudian Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, lantas bertukar menjadi ular yang sangat besar. Lalu menelan ular-ular ahli sihir itu. Seperti Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 107 :
•
Maksudnya :” Maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas dan nyata”.
Akhirnya semua ahli sihir tersebut insaf dan beriman kepada Allah. Firaun menjadi marah lalu menyeksa mereka. Namun apabila iman bertapak dihati rasa gementar bertukar menjadi kuat dan berani. Pengajarannya kita tidak boleh bersikap sombong, sehebat manapun kita , Allah Maha Berkuasa.
Tidak lama kemudian , Allah telah menurunkan bala kepada kaum Firaun seperti dalam Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 133 yang bermaksud : ”Maka kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas”. Seperti berlakunya banjir dan ribut taufan yang baru-baru ini berlaku di Amerika Syarikat.
Musa mengajak pengikutnya berpindah,
Firaun mengejar ke Laut Merah,
Kepada Allah Musa berserah,
Dipukul tongkat laut terbelah.
Musa dan kaumnya selamat menyeberangi laut tersebut. Apabila Firaun dan bala tenteranya berada ditengah-tengah laut, lalu Allah menutup belahan tersebut dan meneggelamkan mereka. Seperti Firman Allah dalam Surah Ad-Dukhaan ayat 24 :
Maksudnya : ” Sesungguhnya mereka ialah tentera yang akan ditenggelamkan”.
Ketika itulah Firaun sedar dan insaf, namun pintu taubat sudah tertutup baginya. Allah telah mengapungkan mayat Firaun dan dihanyutkan ke pantai sebagai ikhtibar kepada umat sekalian alam dan tanda kekuasaan Allah. Pengajarannya kita hendaklah menjauhi sikap bangga diri yang akan membinasakan diri kita sendiri.
Sekian, terima kasih.

No comments:
Post a Comment