Wednesday, January 26, 2011

Kisah Nabi Yusuf DiPenjara

KISAH NABI YUSUF DI PENJARA

Yusuf adalah anak kepada Yaakub bin Ishak bin Ibrahim .Nabi Yusuf adalah putera ke tujuh dari dua belas putera-puteri Nabi Yaakub. Ibunya bernama Ruhil binti Laban telah meningal dunia selepas melahirkan Bunyamin, iaitu adik Yusuf. Oleh kerana Nabi Yusuf dan adiknya masih lagi kecil dan memerlukan belaian seorang ibu,maka Nabi Yaakub telah memberi perhatian istimewa kepada mereka. Oleh kerana demikian, adik-beradik yang lain telah berasa cemburu dan iri hati , tambahan pula nabi Yusuf mempunyai rupa paras yang tampan dan bertubuh tegap yang menjadi idaman ramai wanita dan kalangan gadis-gadis remaja.
Pada suatu malam Nabi Yusuf telah bermimpi 11 bintang, matahari dan bulan turun sujud kepadanya. Seperti dalam firman Allah dalam surah Yusuf ayat 4 yang berbunyi :-
Maksudnya : Sesungguhnya saya melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan , semuanya saya lihat bersujud kepadaku.



Maka baginda telah menceritakan kepada bapanya. Nabi Yaakub memberitahu bahawa mimpi tersebut bermaksud Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu dan kenikmatan hidup yang mewah. Nabi Yaakub juga berpesan agar jangan menceritakan mimpi tersebut kepada saudara-saudaranya yang lain. Pengajarannya setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Yusuf dibenci saudara tiri,
Ke Padang pasir diajaknya pergi,
Lalu dilempar ke dalam perigi,
Tinggallah Yusuf seorang diri.

Setelah itu, saudara-saudaranya pulang sambil menangis lalu memberitahu bapa mereka bahawa Nabi Yusuf telah dimakan oleh serigala lalu menunjukkan pakaian Nabi Yusuf yang berlumuran darah. Nabi Yaakub pasrah dengan takdir Allah sambil menahan hiba di hati. Iri hati dan sifat dengki akan menyebabkan kita berpecah belah dan lemah serta menganiaya orang yang tidak bersalah.

Dengan izin Allah , datang sebuah kabilah yang ingin mencari air untuk diminum. Lalu seorang lelaki melepaskan gayung ke dalam perigi untuk mengambil air, kemudian Nabi yusuf berpaut pada gayung tersebut. Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati seorang lelaki yang tampan sedang berpaut digayung tersebut. Akhirnya mereka bersepakat untuk membawa Yusuf ke Kota Mesir untuk diperdagangkan. Nabi Yusuf telah dibeli oleh Ketua Polis Mesir bernama Al-Aziz. Pengajarannya, dengan kesabaran dan ketabahan Nabi Yusuf akhirnya baginda dapat diselamatkan.

Al-Aziz berpesan kepada Zulaikha,
Dilayan Yusuf seperti keluarga,
Zulaikha dihasut Syaitan Durjana.
Akhirnya Yusuf rela dipenjara.

Seperti firman Allah surah Yusuf ayat 33 :

Maksudnya : Ya Allah! masuk penjara itu lebih aku sukai.

Sewaktu di dalam penjara, masanya dihabiskan untuk merawat orang-orang yang sakit, memberi nasihat kepada yang bersalah dan yang melakukan dosa, mengajar pelbagai ilmu yang suci kepada mereka. Lalu pada suatu hari datanglah kepadanya wahyu yang pertama menyatakan dia diangkat Tuhan menjadi Nabi dan Rasul. Setelah menerima wahyu yang pertama, Nabi Yusuf menjalankan tugas kerasulannya di dalam masyarakat penjara dengan menyeru mereka kepada menyembah Allah dan menghindarkan kesyirikan serta kejahatan. Pengajarannya, walaupun Nabi Yusuf di penjara baginda tetap rajin dan berusaha untuk berdakwah kepada mereka.
Firman Allah dalam Surah Yusuf ayat 36 :
•

Maksudnya : Telah masuklah bersama Yusuf dua orang pemuda ke dalam penjara.

Tinggallah Yusuf di penjara,
Bersama 2 Pegawai Istana,
Tika malam bermimpilah mereka,
Meminta Yusuf mentafsirkannya.

Yusuf sedia mentafsirkannya,
Mula berdakwah kepada mereka,
Beriman kepada Allah yang Esa,
Ajaran dibawa dari moyangnya.

Nabi Yusuf menjelaskan Nabo bernasib baik, akan dibebaskan dan dikembalikan jawatannya. Malhab akan dijatuhkan hukuman mati di tiang salib. Selang beberapa hari apa yang dikatakannya itu benar-benar berlaku. Nabi Yusuf berpesan kepada Nabo menceritakan kepada raja kejadian sebenar baginda dipenjarakan. Tetapi, Nabo terlupa meyebabkan baginda merengkok dalam penjara beberapa tahun. Pengajarannya ialah sesiapa yang melakukan perkara yang baik akan di balas dengan sesuatu yang mengembirakan.
Suatu malam, raja bermimpi melihat 7 ekor lembu yang kurus memakan 7 ekor lembu yang gemuk, 7 tangkai gandum hijau dan 7 tangkai gandum kering. Mimpi tersebut menjadikan baginda resah dan bingung memikirkannya. Raja menjemput pentafsir mimpi, malangnya mereka tidak dapat menterjemahkannya. Raja tidak berpuas hati lalu memerintahkan sesiapa yang arif memberi penjelasan.
Pegawai istana yang dibebaskan dari penjara teringat kepada Nabi yusuf yang pernah mentafsir mimpinya. Dengan mudah baginda mentafsirkan bahawa negeri Mesir akan mengalami musim subur selama 7 tahun dan musim kemarau selama 7 tahun. Penduduk negeri hendaklah bersedia menghadapinya. Tetapi pada zaman moden ini, perubahan cuaca dapat dikesan dengan adanya teknologi yang canggih seperti satelait dan alat pengkaji cuaca. Dengan ini persediaan awal dapat dilaksanakan.
Akhirnya raja telah membebaskan Nabi Yusuf dan melantik baginda menjadi menteri Mesir. Seperti Firman Allah dalam Surah Yusuf ayat 53 yang berbunyi :

Maksudnya : Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Demikianlah caranya Allah menempatkan Nabi Yusuf ditempat yang selayaknya. Walaupun bekas penghuni penjara, tetapi semua perkataannya didengar dan dituruti orang. Segala peraturan yang dibuatnya dapat dipatuhi oleh rakyat. Pengajarannya Allah akan memelihara orang yang beriman kepadaNya. Oleh itu kita hendaklah melakukan suruhan Allah dan tinggalkan segala larangan Allah.

Demkian lah tadi sebuah cerita seorang Nabi Allah Yusuf a.s ,seorang Nabi yang tabah dan bijaksana .Semoga kita dapat menagmbil iktibar dari cerita yang saya persembahkan tadi

Sekian, wassalamu…………………….

1 comment: