KISAH NABI SYU`AIB ALAIHISSALAM
Assalamualikum …
Nabi Syu`aib Alaihissalam di utuskan oleh Allah di sebuah negeri yang bernama Ma`an di dalamnya terdapat sebuah kampung yang bernama Madyan.penduduknya masih musyrik dan mereka menyembah Aikah iaitu tanah yang subur di tengah padang pasir yang ditumbuhi oleh kayu-kayan dan tanam-tanaman.Mereka juga selalu mengurangkan sukatan dan timbangan serta tidak mahu memberi hak manusia dengan sempurna.Demikianlah perilaku seluruh penduduk negeri itu
.Melihat keadaan itu Allah Taala mengutus Nabi Syu`aib Alaihissalam bagi membetulkan keadaan. Nabi Syu`aib diberikan kelebihan oleh Allah ,berkemampuan bercakap yang baik dan lemah lembut dalam memberi peringatan,serta menyampaikan kata-kata dengan penuh hikmah.Baginda menyeru mereka supaya meninggalkan penyembahan berhala,jangan menipu dalam jual beli,jangan mengurangkan sukatan dan timbangan.
Firman Allah dalam surah Hud ayat 84 yang berbunyi ;
(
Yang bermaksud :Dan kepada penduduk Madyan kami utus saudar mereka,Syu`aib.
Pengajarannya setiap kelompok masyarakat memerlukan pimpinan yang bijaksana serta petah berkata-kata dengan penuh hikmah dalam memberi peringatan dan teguran kepada masyarakat supaya mereka dapat menerima dengan lapang dada seperti mana yang dilakukan oleh nabi Syu`aib pada umatnya.
Bagaimanapun ,penduduk negeri Madyan tidak menerima seruan baginda,bahkan mereka mempermain-mainkan dan memperolok-olokan Nabi Syu`aib.Mereka berkata “wahai Syu`aib …! Adakah kamu menyuruh kami meninggalkan apa-apa yang sudah kami sembah dan meninggalkan pekerjaan yang kami gemari.”
Bagaimanapun Nabi Syu1aib tidak menghiraukan kata-kata ejekan mereka itu.Baginda tetap berusaha mengajak mereka dengan lemah lembut.tetapi setelah baginda perhatikan selama bertahun-tahun baginda melaksanakan tugas kerasulan,baginda sedar segala usaha yang dilakukan tidak membawa faedah sedikit pun .Hal ini membuatkan baginda terpaksa berfikir mencari pendekatan yang lain pula.Nabi Syu`aib menukar cara dakwah untuk menghadapi kaumnya dengan memberi khabar ketakutan dan ancaman azab daripada Allah.Setiap kali baginda berdakwah ,baginda sentiasa menunjukan bukti atas kebenaran dakwahnya.Tetapi semuanya itu menambahkan lagi kederhakaan dan kesesatan mereka.Apabila nabi Syu`aib mengalahkan mereka dalam berhujah,mereka terus mencaci ,menghina dan mengancam baginda dengan kata-kata yang menyakitkan hati.
“Sekiranya kami ini bukan kaummu dan ahli keluargamu,nescaya kami akan menyakiti dan menyeksa engkau…!”kata mereka pada Nabi Syu`aib.
Firman Allah dalam surah Hud ayat 84 yang berbunyi :
(
Yang bermaksud :Sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik dan sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan datang azab yang sangat membinasakan.
Pengajarannya ,umat manusia tetap ada yang ingkar dank eras kepala serta berhati batu dengan seruan agama .Mereka tetap melakukan maksiat dan kerosakan di muka bumi Allah ini,walupun segala bukti ancaman dari Allah saban hari berlaku,contoh peristiwa banjir yang berlaku di selatan tanahair kita .Peristiwa gempa bumi .Namun mereka tetap degil.seperti mana umat nabi Syu`aib.
Berkat kesabaran dan kesungguhan Nabi Syu`aib menyeru kaumnya,maka sebahagian penduduk Madyan beriman kepada baginda,tetapi sebahgian yang lain bukan sahaja tidak beriman malahan berusaha menghalangi dakwah baginda.Lalu mereka mengadakan perjanjian siapa yang beriman dengan Nabi Syu`aib akan diusir dari kampung halaman.Akhirnya ,orang-orang kafir itu mengatakan bahawa Nabi Syu`aib adalah tukang sihir dan mereka berusaha untuk menentang baginda dengan sihir.
“Wahai Syu`aib …! Kalau benar tuhanmu itu lebih berkuasa daripada kami,mintalah kepada tuhanmu supaya dijatuhkan kepada kami api dari langit atau diturunkan azab kepada kami…!ujar mereka mencabar Nabi Syu`aib.
Lalu baginda pun berdoa kepada Allah “Ya Allah …! Bukakanlah hijab antara aku dengan kaum aku kerana engkau sebaik-baik pembuka …!
Doa Nabi Syu`aib diterima Allah,lalu Allah mendatangkan musim kemarau yang panjang,bukit-bukau,gunung-ganang kekeringan,sehingga mereka tidak ada tempat untuk berlindung dari kepanasan cahaya matahari.Lalu mereka lari mrnin ggalkan kampung halaman,dalam perjalanan mereka melihat awan tebal,lantas mereka bernaung di bawahnya.Mereka menyangka akan mendapat ketenangan,tiba-tiba awan tersebut pecah menjadi bunga api yang menyambar mereka ,akhirnya semua hancur binasa dan mayat mereka bergelimpangan di sana sini.
Seperti mana firman Allah dalam surah Hud ayat 94 yang berbunyi :
(
Yang bermaksud :Dan orang –orang yang zalim dibinasakan oleh satu suara yang kuat,lalu jadilah mereka mati bergelimpangan.
Pengajarannya walau sehebat mana teknologi sekalipun pada masa ini kuasa Allah melebihi segalanya.Justeru itu sebagai muslim kita hendaklah bersyukur akan segala nikmat dari yang diberikan.Jangan cuba melawan Qudrat dan Iradat Allah.
Setelah Nabi Syu`aib melihat kejdian yang menimpa kaumnya,baginda pun menjauhkan diri dari tempat tersebut,lalu baginda pun berdoa kepada Allah untuk dirinya dan orang-orang yang beriman,maka baginda berkata kepada mereka “Demi sesungguhnya telah aku sampaikan risalah tuhanku kepada kamu dan telah aku nasihatkan kamu,tetapi kenapa kamu masih mengikuti orang-orang yang ingkar itu.”
Dengan demikian hilanglah kedukaan baginda dan berakhirlah kehidupan penduduk madyan yang selalu mendustakan,menipu dan memperolok-olokan Nabi Syu`aib.
Firman Allah dalam surah Hud ayat 95 yang berbunyi :
(
Yang bermaksud :Seolah-olah mereka belum pernah tinggal di tempat itu.Ingatlah kebinasaan bagi penduduk Madyan sebagaimana kaum Tsamud telah binasa.
Pengajarannya setiap kesusahan pasti ada kesenangan,begitu juga sebagai pelajar setiap usaha yang bersungguh-sungguh pasti mendapat pertolongan dari Allah,bersusah dahulu bersenang kemudian.
Sekian sahaja Wassalamualikum.

No comments:
Post a Comment